SLOT 1: SESI TEMUBUAL ANIMASI 3 KATEGORI MALAYSIA.
Assamualikum dan selamat sejahtera. Bertemu kembali bersama saya Nabila Amira dalam "Sesi Temubual Animasi 3 Kategori Malaysia" pada 20 Februari 2016 untuk mengetahui apa sebenarnya animasi 3 kategori tersebut. Mari bersama saya ikuti sesi temubual ini.
Nabila(Peminat): Apa khabar Hana,Sera? Gembira Bertemu awak!
Hana&Sera(Penulis): Khabar baik. Gembira bertemu awak juga.
Nabila(Peminat): Dalam sesi temubual pada hari ini, saya mewakili kawan-kawan saya yang mengenali Hana dan Sera ingin bertanya sebenarnya apakah yang dimaksudkan
dengan amimasi 3 kategori yang awak berdua pernah katakan pada sesi temubual
yang lalu. Boleh Hana dan Sera terangkan pada saya dan kawan-kawan saya?
Hana(Penulis): Baiklah, mari kita mulakan dengan Sera dahulu. Sera sila jelaskan pada mereka apakah yang dimaksudkan dengan animasi 3 kategori itu.
Sera(Penulis): Baiklah animasi 3 kategori ialah animasi yang terdiri daripada 3 jenis kategori iaitu kanak-kanak , remaja dan dewasa. Secara terperinci bagi animasi kategori kanak- kanak kami lebih menerapkan unsur nilai murni antara persahabatan dan kekeluargaan dalam kalangan kanak-kanak. Seterusnya, animasi kategori remaja kami menekankan elemen yang bersifat patritisme seperti kebudayaan yang diamalkan antara sebuah
negara dengan negara yang lain dari segi pakaian , makanan dan adat resam yang
menjadi lambang kepada sesebuah negara. Selain itu, kami juga menyelitkan unsur percintaan kerana alam remaja adalan alam percinta. Percintaan dan remaja tidak dapat dipisahkan. Unsur percintaan yang dibahaskan di sini adalah seperti adab pergaulan
antara lelaki dengan perempuan yang tidak melampaui batas , akibat atau kesan
yang akan dihadapi oleh remaja sekiranya terlalu obses dalam percintaan dan
sebagainya. Selanjutnya, animasi kategori dewasa. Animasi kategori ini adalah yang paling mencabar kerana melibatkan pelbagai aspek yang berkaitan dengan isu negara.
Sama ada dalam dan luar negara. Sebagai amsalnya, langkah-langkah untuk
membantu pembangunan negara dari sudut ekonomi dan sosial masa kini. Selain itu
cara-cara untuk mewujudkan sebuah negara yang aman demi menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara daripada belenggu orang asing.
Hana(Penulis): Di samping itu, animasi 3 kategori ini juga dpat mendatangkan beberapa kebaikan terutama animasi kategori remaja dan dewasa kerana kita tidak perlu untuk ke
lokasi penggambaran kerana kita hanya perlu membuat rakaman suara di studio
dan kita juga tidak perlu berdandan utuk berlakon.
Nabila(Peminat): Bagi saya animasi 3 kategori ini merupakan satu inovasi yang begitu mengagumkan bagi generasi abad ke-21 dalam melahirkan modal insan yang berkaliber pada masa akan datang. Tahniah Hana dan Sera.
Hana(Penulis): Sekarang ini kita sedang menuju Wawasan 2020 jadi kita sebagai generasi muda yang menjadi sasaran memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi negara
iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 20202 perlu
mempersiapkan diri denagan pelbagai ilmu penetahuan yang mampu meluaskan
horizon pemikiran sebagai persiapan untuk kesiagaan kita bersaing dengan
cabaran kemajuan yang terbentang di jagatraya ini.
Sera(Penulis): Jadi sebab itulah kami berhasrat ingin mewujudkan suatu bentuk hibura yang apila dilihat atau ditonton dapat mendatangkan manfaat seterusnya melahirkan generasi yang berpengetahuan luas walaupun dengan hanya menonton drama atau filem yang memperlihatkan kedewasaan dan mentaliti yang lebih tinggi dalam kalangan
masayarakat di televisyen . Hiburan yang bermanfaat penting dalam memberikan impak yang positif dalam mempengaruhi perkembangan minda masyakat. Generasi muda masi kini perlu mempinyai ilmu pengetahuan yang tinggi kerana mereka perlu memimpin negra ini suatu masa kelak terutama golongan remaja. Remaja pada hari ini merupakan aset paling penting kepada masa depan negara kerana pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara.
Nabila(Peminat): Ye benar tepat sekali apa yang dikatakan oleh Sera itu. Masa remaja inilah kita perlu mengumpul ilmu sebanyak yang mungkin untuk melangkah ke alam dewasa yang penuh dengan cabaran. Saya ingin bertanya mengapa mengapa awak berdua lebih memilih untuk menonjolkan bakat dalam karya walaupun terdapat pelbagai industri seni yang lain yang boleh diceburi seperti berlakon dan menyanyi yang menjadi tumpuan majoriti masyarakat masa kini ?
Hana(Penulis): Bagi saya dan Sera seni animasi adalah yang terhebat jika hendak dibandingkan dengan industri hiburan yang lain. Jadi sebab itulah saya memilih untuk menceburkan diri dalam seni karya animasi walaupun sebagai pencetus idea bagi cerita-cerita yang ingin diterbitkan. Disebabkan oleh minat saya yang mendalam terhadap animasi saya dan Sera telah bercadang untuk mewujudkan animasi yang terdiri daripada 3 jenis kategori tersebut. Sebenarnya animasi 3 kategori ini adalah idea Sera.
Nabila(Peminat): Seandainya impian awak berdua untuk menjadikan cerita-cerita tersebut sebagai animasi tercapai , syarikat animasi manakah yang akan menjadi pilihan Hana dan Sera ? Sera , silakan.
Sera(Penulis): Syarikat animasi yang akan saya pilih ialah '' Les' Copaque". Seperti yang saya ketahui Les' Copaque terkenal dengan kartun animasi iaitu ''UPIN&IPIN". Saya minat akan mononton kartun animasi "UPIN&IPIN" bahkan adik-adik dan keluarga saya juga meminatinya sebagai kartu kegemaran. Di kesempatan ini saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Les ' Copaque kerana telah mewujudkan sebuah animasi kanak-kanak yang dapat memberi menfaat kepada kanak-kanak dalam membantu proses pendidikan mereka dan terima kasih juga dengan segala hormatnya kerana telah berjaya memartabatkan nama negara Malaysia ke persada antarabangsa melalui animasi yang begitu hebat sekali.
Nabila(Peminat): Tahniah juga daripada saya kepada syarikat animasi terbaik Malaysia "Les ' Copaque". Baiklah bercakap mengenai animasi sudah tentu berkaitan dengan kartun. Ye la selalunya animasi kanak-kanak sahaja dalam bentuk kartun, jadi bagaimana pula bentuk kartun bagi animasi kategori remaja dan dewasa pula ?
Hana(Penulis): Baiklah. Untuk animasi kategori remaja dan dewasa kami akan menggunakan kartun yang menyerupai manusia dan bila kita melihat kartun tersebut kita akan berasa kita sedang menonton cerita yang dilakonkan oleh manusia sebenar walaupun pada hakikatnya cuma sekadar kartun.
Nabila(Peminat): Saya tidak faham, macam mana kartun versi manusia itu ye? Kartun itu 3D atau 2D?. Bagaimana Hana dan Sera mendapat idea untuk mencipta kartun versi manusia ini ?
Sera(Penulis): Inspirasi saya untuk mencipta kartun versi manusia selepas saya melihat sebuah lukisan keenian dari negara China iaitu "Hand-painted Illustration". Semasa kali pertama saya melihat lukisan kartun itu saya seolah-olah jatuh cinta kerana saya terlalu terpesona melihat kecantikanwajah kartun dalam lukisan itu. Wajah seorang perempuan yang dilakar dengan begitu sempurna. Saya tergoda melihat kecantikan kartun seorang perempuna dalam lukisan tersebut walaupun saya juga seorang perempuan.
Nabila(Peminat): Wah pasti terlalu cantik sehingga tidak kira samada lelaki atau perempuan yang melihatnya pasti akan tergoda. Anda boleh lihat pada "character image" di setiap cerita yang diletakkan dalam blog "HanaSera World". Baiklah Sera sila teruskan.
Sera(Penulis): Dari situ saya terfikir untuk mewujudkan kartun versi manusia. Bila saya melihat kartun tersebut saya berkata,"kartun mesti lagi cantik kalau boleh bergerak," lalu saya pun beritahu pada Hana dan dia bersetuju dengan pendapat saya untuk menjadikan illustrasi itu sebagai kartun animasi bergerak. Sejak dari itu kami merancang sekiranya kami ingin melakukan cerita-ceritakami, kami akan menggunakan kartun versi manusia sebagai watak yang akan melakonkan cerita-cerita kami.
Nabila(Peminat): Maksudnya pergerakan , riak wajah bentuk badan , rambut , cara bercakap dan reaksi kartun itu juga akan menyerupai manusia. Benar ?
Sera(Penulis): Tetapi tidaklah sama sangat macam manusia.
Hana(Penulis): Kami pun tidak tahulah samada teknologi animasi Malaysia boleh menghasilkan kartun versi manusia seperti itu atau tidak.
Sera(Penulis): Di China mereka sudah mula menggunakan illustrasi atau kartun versi manusia seperti dalam media pengiklanan dan permainan video.
Nabila(Peminat): Itu memang idea yang bagus. Kita boleh guna kartun selain daripada manusia. Ada apa-apa yang awak berdua ingin kongsikan mengenai kartun versi manusia?
Hana(Penulis): Tidak ada. Itu sahaja.
Nabila(Peminat): Seterusnya, mari kita bertanya mereka apakah tujuan animasi 3 kategori ini dicipta?
Hana, sila jawab pertanyaan saya.
Hana(Peminat): Secara umumnya, animasi 3 kategori inibermatlamat untuk meningkatkan taraf industri hiburan Malaysia dan memajukan seni animasi Malaysia ke persada antarabangsa dengan hiburan yang berkualiti.
Nabila(Peminat): Ye betul tu. Hiburan yang berkualiti , masyarakat harmoni. Pada hakikatnya animasi 3 kategori ini pasti dapat mendatangkan kebaikan kepada setiap lapisan masyarakat. Hana , Sera sebelum kita menutup tirai perbualan kita ada apa-apa madah atau kata-kata terakhir yang ingin disampaikan kepada saya dan bakal pembaca blog HanaSera World? Silakan.
Hana(Penulis): Demi merealisasikan visi kudsi mantan perdana menteri Malaysia dengan ini saya sebagai generasi muda Wawasan 2020 akan membantu membangunkan dan memajukan negara dengan mewujudkan animasi 3 kategori yang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mampu meluaskan horizon pemikiran sebagai persiapan untuk kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang terbentang luas di jagatraya ini. Sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadakan Malaysia sebuah negara maju yang dapat duduk sama rendah , berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Itu sahaja daripada saya. Sekian terima kasih.
Sera(Penulis): Berdasarkan ikrar yang dibahaskan oleh Hana tadi saya ingin berkongsi sedikit mutiara kata. Menurut Ibu Zain " kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara. Itulah kebaikan yang sebenar." Jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum dikecapi daripada 'Willliam Shakespeare'. Sekian terima kasih.
Nabila(Penulis): Wah begitu kagum saya mendengar kata-kata awak berdua sebagai saya dapat merasakan awak berdua mempunyai semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi dalam diri demi negara. Saya juga ingin kongsikan madah terakhir saya sebagai penutup bicara. Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan siap menghadapi cabaran hidup. Selagi kita hidup dalam negara ini , kita harus mempunnyai inisiatif dan rasa tanggungjawab dalam me,mvantu pembangunan negara. Terima kasih kepada Hana dan Sera kerana sudi meluangkan masa pada hari ini untuk menjawab segala persoalan saya. Saya rasa awak berdua memang layak menerima anugerah remaja wawasan 2020 suatu hari nanti. Baiklah sampai di sini sahaja. Maaf atas segala kesilapan kami jika ada kata-kata kami yang menyinggung perasaan. Maaf sekali lagi dengan segala hormatnya. Terima kasih. Assalamualikum dan selamat sejahtera.

.
No comments:
Post a Comment