SLOT 2: SESI TEMUBUAL SANTAI DAN SPONTAN
BERSAMA SABRINA SERA (SERA)
Assalamualikum dan selamat sejahtera. Saya Nabila Amira sahabat dan juga peminat setia kepada Sabrina Sera(Sera) telah mengadakan temubual secara santai dan spontan untuk mengetahui siapakah diri sebenarnya. "Jangan biarkan cita-cita yang sedang panas itu mati kerana sejuk". Itulah mutiara kata yang menjadi pegangan Sera dalam merealisasikan cita-cita dan impiannya untuk berjaya. Sabrina Sera juga merupakan seorang sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Dia juga seorang yang bersifat nekad terhadap sesuatu yang diingini. Baiklah tanpa membuang masa mari bersama saya mengenali siapa dan bagaimanakah diri Sabrina Sera ini sebenarnya.
Nabila(Peminat): Hai Sera, apa khabar ? Assalamualaikum.
Sera(Penulis): Waalaikumussalam. Khabar baik.
Nabila(Peminat): Baiklah tujuan saya mengadakan temubual kali ini adalah untuk mengetahui dan mengenali diri Sera dengan lebih mendalam.
Sera(Penulis): Boleh saya tahu kenapa Nabila ingin mengenali diri saya dengan lebih dekat ?Ada sesuatu yang istimewa dengan diri saya ke yang membuat awak tertarik untuk mengenali saya.
Nabila(Peminat): Ye awak memang istimewa kerana awak mempunyai cara berfikir yang berbeza daipda orang lain. Jadi sebab itulah yang membuat diri saya tertarik untuk mengenali awak dengan lebih mendalam. Seorang peminat yang ingin mengenali orang yang diminati sudah menjadi perkara biasa kerana orang yang diminati itu merupakan idola atau contoh teladan untuk diri kita. Sera , boleh kita mulakan sekarang ?
Sera(Penulis): Ye silakan.
Nabila(Peminat): Dalam perbualan ni saya akan bertanya Sera secara santai dan spontan. Anggap saja perbualan ini seperti perbualan antaara sahabat rapat. Sera juga boleh menjawab pertanyaan saya secara santai dan spontan. Baiklah pertama sekali saya ingin mengetahui latar belakang diri Sera. Maksud saya , asal usul keturunan Sera.
Sera(Penulis): Cakap pasal keturunan ni sebenarnya saya daripada keturunan yang biasa- biasa je. Atuk sebelah emak saya berdarah Indonesia iaitu ayah kepada atuk saya ialah orang Indonesia.Nenek sebelah emak saya berdarah Cina Baba dan Jawa. Jadi emak saya berketurunan Indonesia , Cina Baba dan Jawa. Emak saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Singapura. Atuk dan nenek sebelah ayah saya pula berdarah Melayu dan India. Ayah saya dilahirkan di Kedah dan membesar di Pahang. Saya pula dilahirkan di Petaling Jaya , Selangor. Saya membesar dan bersekolah di Meru, Klang.
Nabila(Peminat): Wah sungguh menakjubkan. Patutlah bila saya tengok muka Sera ni macam orang arab ada , orang cina ada , orang belanda pun ada. Sebeb tulah awak ni cantik agaknya. Terlalu banyak darah campuran.
Sera(Penulis): Mana ada saya ni biasa-biasa je. Hana pun kata muka saya seperti orang Belanda dan kawan-kawan saya yang lain juga ada berkata begitu. Saya pun pelik jugak kenapa mereka kata muka saya seperti orang Belanda sedangkan saya tidak mempunyai darah Belanda atau orang putih. Semua tu buat saya rasa malu.
Nabila(Peminat): Kenapa pulak nak malu. Awak patut rasa beruntung. Mari kita terus ke pertanyaan yang seterusnya.
Sera(Penulis): Sebelum tu saya nak berkongsi sebuah kata-kata hikmat yang perlu diingangati oleh setiap orang " Kecantikkan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang , bukan terletak pada wajah dan pakainnya". Kata hikmat itu bermaksud kecantikan yang kekal bukan saja dilihat pada wajah tetapi pada adab yang mulia. Walaupun kita tak cantik tetapi jika kita mempunyai adab yang mulia kita tetap akan nampak cantik.
Nabila(Peminat): Betul tu. Bagus kata-kata hikmat yang disampaikan oleh Sera itu. Sera awak memang sesuai jadi idola saya. Terima kasih Sera.
Sera(Penulis): Sama-sama. Sikit je tu. Saya pun mengingatkan diri saya juga.
Nabila(Peminat): Seterusnya saya ingin tahu sifat baik yang ada pada Sera. Sera boleh awak beritahu apa sifat peribadi awak ?
Sera(Penulis): Dengan rendah diri saya akan beritahu sifat positif mengenai diri saya.
Pertama sekali , saya seorang yang mementingkan keadilan. " Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan". "Yang benar tetap benar , yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan sama sahaja". Daripada Hamka. Mutiara kata tersebut menunjukan keadilan merupakan keutamaan dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh , saya tidak akan membela atau mempertahankan orang yang benar-benar bersalah walaupun orang yang bersalah itu keluarga saya sendiri kerana orang yang bersalah tetap akan bersalah dan harus menerima hukuman.
Nabila(Peminat): Tepat sekali. Itulah maksud adil yang sebenarnya. Saya dengar Sera ni seorang yang pemalu dan agak pendiam masa dekat sekolah dulu , betul ke ?
Sera(Penulis): Ye. Tapi itu dulu sebab saya kurang keyakinan diri. Tapi sekarang tidak kerana sejak saya berkawan dengan Hana saya jadi orang yang lebih berani dan berkeyakinan. Dia mengajar saya untuk menjadi berani dan lebih yakin dengan diri sendiri. Saya akan jadi lebih yakin dan berani untuk berhadapan dengan orang ramai jika Hana berada di sisi saya.
Nabila(Peminat): Mendengar kata-kata awak buat saya rasa nak tahu seakrab dan sedalam mana erti persahabatan awak dengan Hana. Boleh Sera ceritakan pada saya sedikit kisah persahabatan Sera dengan Hana ?
Sera(Penulis): Ye sebenarnya saya dengan Hana memang kawan rapat sebab kami dah berkawan selama 5 tahun dari tinkatan dua lagi , 14 tahun. Kawan yang paling rapat dengan saya dekat sekolah ialah Hana. Kalau saya pergi mana- mana mesti dengan Hana. Maksudnya di mana saya ada di situlah Hana. Bila salah seorang dari kami berjalan berseorangan orang mensti tanya mana Hana , mana Sera sebab orang dah biasa lihat kami sentiasa bersama jadi kalau orang akan berasa pelik kalau kami tidak bersama.Dalam kelas pun kami selalunya akan duduk bersebelahan dari tingkatan 2 sampai tingkatan 5 sebab kami satu kelas. Belajar sama-sama dan kalau saya tak faham dia ajar saya , kalau dia tak faham saya ajar dia , macam tulah.
Nabila(Peminat): Wah hebat betul persahabatan awak berdua. Saya rasa terhau dan kagum melihatnya.
Sera(Penulis): Hana memang seorang kawan yang sangat baik bagi saya dan dialah kawan ketawa dan menangis saya. Hana sentiasa ada di sisi saya sewaktu susuh dan senang. Masa sekolah dulu kalau saya sakit dialah yang bawa saya pergi bilik kesihatan. Kalau saya lapar tak ada makanan dia belanja , dia bagi saya makanan. Kalau saya lupa bawa air dia bagi saya minum air dia dan dia tak kisah kalau dia tak dapat minum. Kalau saya sedih dia tenangkan hati saya , dia beri saya semangat. Hana juga satu-satunya kawan saya yang sudi mendengar segala masalah saya dan itulah yang buat saya rasa Hana seorang sahabat yang paling istimewa bagi saya berbanding sahabat saya yang lain. Saya bersyukur sebab ada kawan sebaik Hana.
Nabila(Peminat): Sera awak memang bertuah ada kawan seperti Hana. Saya doakan persahabatan awak dan Hana kekal hingga ke hujung nyawa. "Teman sejatiialah orang yang meraih tangan anda dan menyentuh hati anda". Daripada Heather Pryor. Baiklah, cakap sekolah , apakah pencapaian atau anugerah yang Sera pernah dapat masa sekolah dulu ?
Sera(Penulis): Saya ni budak yang biasa-biasa je masa dekat sekolah dulu tak lah banyak sangat anugerah yang saya terima tapi adalah sikit-sikit. Masa sekolah rendah saya banyak dapat anugerah dalam pertandingan mewarna sebab saya memang suka mewarna masa kecil. Dalam aktiviti sukan pula kebiasaanya saya akan menang dalam acara lumba lari sebab saya kuat berlari dan sangat aktif sampai badan saya pun kurus. Sekolah rendah saya di Petaling Jaya. Tujelah untuk sekolah rendah sebab saya tak berapa ingat sangat memori sekolah rendah saya kerana dah lama saya tinggalkan zaman sekolah rendah. Seterusnya untuk sekolah menengah saya tak pernah dapat apa-apa anugerah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 , masa tingkatan 4 barulah saya dapat anugerah iaitu anugerah pelajar terbaik mewakili kelas saya. Selain itu, saya juga telah menang dalam sukan memanah untuk karnival kokurikulum sekolah.
Nabila(Peminat): Sera, masa sekolah dulu awak pernah tak memegang suatu jawatan penting ? Maksud saya jawatan seperti pengawas sekolah , pengawas pusat sumber , atau pembimbing rakan sebaya. Ada tak ?
Sera(Penulis): Saya tak pernah jadi pengawas tapi saya pernah jadi calon pengawas. Masa tu saya tingkatan 2 dan terpilih untuk calon pengawas tingkatan 3. Lepas saya tengok nama saya nama saya tersenarai sebagai calon pengawas , saya terus jumpa cikgu dan minta untuk membatalkan pencalonan saya sebagai pengawas.
Nabila(Peminat): Tapi kenapa pulak awak tak jadi pengawas ye ? Kalau saya , itulah peluang keemasan saya.
Sera(Penulis): Bukan saya tak nak cuma masa tu saya agak pemalu dekat sekolah takut disebabkan sifat pemalu saya tu saya tak boleh jalankan tugas dengan baik kerana saya malu untuk berhadapan dengan orang. Masa tu jugak saya rasa saya belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab kerana waktu saya baru mula untuk berkawan dan berseronok. Maksud saya , bila kita memegang suatu jawatan penting orang akan pandang kita dan apabila kita melakukan kesilapan walau sekecil zarah orang akan mengata. Jadi sebelum perkara itu berlaku lebih baik saya jadi pelajar biasa je. Bagi saya tugas yang dipertanggungjawab ke atas diri kita adalah amanah dan jika kita tidak melaksanakan amanah itu dengan baik maka kita akan mendapat azab di akhirat kelak.
Nabila(Peminat): Betul tu. Amanah dan tanggungjawab yamg tidak dilaksanakan dengan baik akan mendatangkan badi iaitu kesan buruk pada diri kita. Seperti mana yang kita lihat , masa kiniramai orang yang sanggup untuk mendapatkan jawatan yang hebat tetapi tidak sanggup untuk menjalankan tanggungjawab yang setanding dengan jawatan mereka kerana apa yang penting bagi mereka hanyalah nama dan pangkat yang mampu untuk membuat orang hormat dan menyanjungi diri mereka. Baiklah , mari kita ke pertanyaan yang seterusnya , Sera apakah makanan , hobi dan sukan kegemaran awak ?
Sera(Penulis): Saya tak ada makanan kegemaran sebab saya suka makan semua jenis makanan tapi makanan yang saya paling suka ialah makanan barat , Jepun dan Korea. Dalam masa yang sama saya juga seorang yang agak memilih dalam pemakanan. Antaranya, saya tidak minum air yang bergas , makanan yang terlalu berminyak , minuman yang terlalu banyak ais , roti atau kek yang terlalu kering dan sos cili.
Nabila(Peminat): Biar betul awak tak makan sos. Saya tak pernah nampak orang yang tak suka makan sos. Pelik jugak awak ni. Okeylah , seterusnya apa sukan dan hobi awak ?
Sera(Penulis): Sejujurnya saya memang tak suka bersukan. Tapi adalah beberapa sukan yang saya minati antaranya memanah dan sukan bola keranjang. Hobi saya pula , saya lebih suka hobi yang tidak lasak seperti membaca dan menulis cerita. Saya memang tak suka melakukan aktiviti lasak seperti meredah hutan , menuggang kuda , dan semua aktiviti yang memerlukan kecergasan.
Nabila(Peminat): Jadi rupanya awak ni seorang yang tidak suka akan aktiviti lasak la ye. Baru saya tahu. Tapi tak apa sebagai perempuan tidak perlulah lakukan aktiviti yang terlalu lasak. Okeylah , saya nak tahu bagaiman Sera membahagikan masa untuk belajar dan melakukan hobi Sera iaitu menulis cerita ?
Sera(Penulis): Kebiasaanya saya melakukan hobi saya iaitu menulis cerita pada waktu cuti sekolah ataupun selepasan tamat sesuatu ujian atau peperiksaan kerana masa tu adalah waktu yang paling sesuai untuk saya mencari idea bagi menulis cerita-cerita saya. Saya memang tak menulis cerita pada hari persekolahan kerana hari sekolah adalah hari saya amat sibuk. Baiklah di sini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang zaman persekolahan saya. Saya akan bangun awal untuk ke sekolah. Pukul 4 pagi saya bangun dan terus mandi , selepas itu saya kemas buku dan gosok baju. Saya tak macam orang lain gosok baju dan kemas buku waktu malam sebab saya ni malas sikit nak buat kerja malam-malam. Seterusnya, pukul 6:30 pagi ayah saya dah hantar saya ke sekolah. Saya terpaksa datang awal ke sekolah sebab lepas hantar saya ayah saya kena hantar adik saya pula. Sekolah saya dengan sekolah adik saya jauh. Saya balik sekolah paling awal pukul 3 petang itupun kalau tak ada kelas tambahan kalau ada saya akan balik pukul 5 petang. Pada waktu malam pula saya akan mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah. Itulah perjalanan hidup saya sepanjang saya bersekolah.
Nabila(Peminat): Menarik juga kisah zaman persekolahan awak tu. Awal betul awak pergi sekolah. Pukul 4 pagi awak dah bangun. Saya masih lena dibuai mimpi lagi waktu tu. Cakap pasal sekolah saya nak tanya , Sera pernah bercinta tak masa sekolah dulu ?
Sera(Penulis): Bercinta. Tak, saya tak pernah bercinta masa sekolah kerana saya takut pelajaran saya terganggu dan saya rasa kalau saya bercinta masa tu saya tak dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran. Ibubapa saya juga pernah berkata pada saya bahawa mereka tidak akan benarkan saya bercinta selagi saya tidak mampu untuk membeli rumah sendiri , kereta sendiri , makan dan minum sendiri. Maksudnya saya tak boleh bercinta selagi saya masih dibawah tanggungan ibibapa saya. Jadi saya sebagai anak, saya kena dengar cakap ibubapa saya kerana bagi saya anak yang tidak mendengar kata atau melakukan perkara yang dilarang oleh ibubapanya akan terima kesan buruk akibat perbuatan mereka. Ibubapa tahu apa yang buruk dan baik untuk anak mereka.
Nabila(Peminat): Betul tu Sera. Awak memang anak yang baik. Kita perlu mendengar kata ibubapa supaya hidup kita sentisa bahagia dan diberkati. Saya setuju dengan Sera , untuk apa kita bercinta kalau kita masih tidak mampu untuk berdikari dan mencari duit sendiri.
Sera(Penulis): Bagi saya selain daripada wang ilmu juga sangat penting lebih-lebih lagi apabila kita merancang untuk berkahwin. Maksudnya , kita bukan saja perlu memiliki duit yang banyak malah kita juga perlu mempersiapkan diri denganpelbagai cabang ilmu sebelum kita membina sebuah keluarga. Sebagai amsalnya, dari segi kewangan. Pada masa kini wang sangat penting bagi seseorang yang telah berkahwin untuk menyara keluarga dan membiayai persekolahan anak-anak. Jadi bagaimana saya nak berkahwin kalau saya tak ada duit. Macam mana anak-anak saya nak sekolah nanti. Itulah yang saya fikirkan walaupun kita lihat ramai orang yang berkahwin pada usia yang muda masa kini.
Nabila(Peminat): Ye betul tu. Zaman sekarang tak macam zaman dulu. Jadi sebelum kahwin tu carilah duit banyak-banyak demi bakal keluarga yang akan kita bina supaya mereka tidak hidup dalam kesusahan. Kahwin ini sebenarnya bukan sekadar untuk seronok tetapi kita juga perlu memikirkan betapa beratnya tanggungjawab yang akan kita galas selepas itu. Baiklah Sera selain wang, ilmu juga penting sebelum kita membina keluarga. Sila jelaskan kenyataan tersebut.
Sera(Punulis): Kenapa saya kata ilmu penting untuk membina keluarga kerana tanpa ilmu bagaimana kita ingin mendidik anak-anak kita. " Ilmu merupakan harta anda yang kekal " daripada Hamka. Bagaiman kita hendak melahirkan generasi yang berpegetahuan dan berilmu jika kita sendiri tidak mempunyai ilmu. Saya sebagai wanita perlu mempersiapkan diri saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan untuk menjadi seorang wanita yang bijak. Di sini maksud saya wanita yang bijak bukan saja pandai dalam akademik atau pelajaran tetapi maksud bijak di sini ialah mempunyai pengetahuan yang luas dalam apa jua aspek walaupun perkara itu berada di luar bidang saya.
Nabila(Peminat): Wah awak ni memang seorang yang berkaliber. Saya rasa bertuah mengenali orang sepeti awak. Okeylah , cakap tentang kahwin ni , boleh saya tanya bila Sera rasa betul-betul bersedia untuk berkahwin ? Hana pernah kata pada saya Sera nak berkahwin dengan anak raja , betul ke ?
Sera(Penulis): Kenapa tiba-tiba tanya saya pasal kahwin pulak ni. Awak ni buat saya malu je. Senarnya saya langsung tak pernah terfikir bila saya nak kahwin. Prinsip saya selagi saya tak mampu untuk memiliki rumah,kereta dan duit sendiri selagi itu saya tidak akan berkahwin. Pasal nak kahwin dengan anak raja tu pulak , itu sebenarnya masa saya kecik dulu. Saya bukan tahu apa-apa masa tu.
Nabila(Peminat): Masa kecil. Hana kata hari tu awak sendiri yang kata dengan dia yang awak nak kahwin dengan anak raja. Ala mengaku je la.
Sera(Penulis): Alamak malunya saya. Ye baiklah saya mengaku. Tapi awak jangan kata saya ni gadis zaman kuno yang berangan nak berkahwin denga anak raja pulak. Ye memang saya pernah kata dengan Hana bahawa saya hanya akan berkahwin jika ada anak raja yang datang melamar saya. Saya saja berkata macam tu sebab saya langsung tak bersedia untuk berkahwin dengan sesiapa pun. Saya saja kata 'anak raja' sebab tak mungkin saya akan berkahwin dengan anak raja. Apatah lagi zaman sekarang. Itu cuma khayalan semata-mata. Jadi awak tak perlulah ambil kisah sangat dengan kenyataan saya tu.
Nabila(Peminat): Sera macam mana kalau kata-kata awak tu menjadi kenyataan , apakah perasaan awak agaknya ? Boleh awak tolong jawab pertanyaan saya ?
Sera(Penulis): Apa awak ni janganlah paksa saya untuk cakap tentang tu. Semua tu buat saya rasa malu. Tak mungkin anak raja nak orang biasa macam saya ni. Mengarut betul.
Bagai langit dengan bumi. Langsung tak sama.
Nabila(Peminat): Ye saya tahu saya cuma nak tahu apa perasaan awak sekiranya awak ditakdirkan untuk berkahwin dengan anak raja suatu hari nanti. Itu je. Sera, tolonglah jawab pertanyaan saya ni ?
Sera(Penulis): Sebenarnya jujur saya malu sangat nak jawab pertanyaan awak tu. Saya takut nanti orang kata saya ni gadis zaman kuno yang berangan nak kahwin dengan anak raja. Tapi disebabkan awak dah paksa saya macam ni , baklah saya jawab. Jika saya ditakdirkan dengan anak raja saya terima . Ye lah siapa kita untuk menolak takdir tuhan. Kita perlu berfikiran positif bahawa setiap sesuatu yang telah ditakdirkan untuk diri kita pasti ada kebaikan disebaliknya. Bagi saya jika ada anak raja yang nak dengan saya suatu hari nanti saya akan terima tapi bukan hanya sebab dia seorang anak raja yang mempunyai harta , kemewahan dan wang ringgit yang berjuta seperti yang diidamkan oleh setiap orang malah saya ingin menjadi orang yang mampu menasihati dan membantunya menjadi seorang bakal pemimpin yang boleh memerintah serta mentadbir negara dengan baik yang sentiasa diingati dan disanjungi oleh rakyat-rakyatnya. Itulah perasaan saya jika saya ditakdirkan untuk bersama dengan seorang anak raja.
Nabila(Peminat): Wah daripada kenyataan tu pun saya dapat rasakan keikhlasan dan kemurnian hati awak Sera. Kalau saya anak raja orang macam awaklah yang saya idamkan untuk menjadi pendamping hidup saya. Maaf jika saya melebih. Jika awak seorang anak raja yang bakal menjadi pemimpin adakah awak akan berbuat demikian ?
Sera(Penulis): Sekiranya saya anak raja dan seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin sudah tentu saya tidak mahu memilih pasangan hidup yang menerima saya dengan sebab saya anak raja yang ada banyak harta dan wang ringgit. Bukan anak raja saja malah lelaki biasa yang lain pun macam tu juga. Mereka tidak suka perempuan yang memilih untuk bersama mereka kerana ingin hidup mewah atau menadapatkan apa-apa saja yang diingini kerana mereka mempunyai harta dan wang ringgit yang banyak. Jika saya seorang anak raja saya ingin pasangan hidup saya seorang perempuan yang menerima diri saya dengan ikhlas bukan sebab saya anak raja yang banyak harta dan semata-mata ingin hidup mewah yang menjadi sebab utama dia memilih saya. Seterusnya , sebagai seorang anak raja yang bakal menjadi seorang pemimpin saya ingin perempuan yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dan bukan sekadar memiliki wajah yang cantik saja kerana dengan kebijaksanaan itu dia mampu untuk menasihati dan membantu saya dalam memerintah dan mentadbir negara dengan baik. Selanjutnya , sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan berwibawa amat penting bagi saya untuk memilih pasangan atau pendamping hidup yang bena-benar baik kerana saya ingin waris atau anak-anak saya juga akan menjadi seorang pemimpin yang baik dan seterusnya dapat mentadbir serta memerintah negara dengan baik. Anak yang baik lahir daripada ibubapa yang terbaik. Ada apa-apa lagi yang Nabila ingin tanya pada saya pasal ni ?
Nabila(Peminat): Tak ada. Kalau awak nak tahu saya pulak yang malu dengan awak sekarang ni. Saya tak sangka Sera boleh berfikir sematang tu. Sera , awak memang terbaik. Baiklah sekarang ni saya nak tahu negara mana yang menjadi idaman Sera untuk dilawati. Semua orang teingin nak ke luar negara. Betul tak ?
Sera(Penulis): Ye saya pun baru sekali pergi ke luar negara , Arab Saudi. Itu pun sebab pergi buat ibadah umrah kalau tak memang tak merasa la nak ke luar negara. Dalam dunia ni cuma 2 negara je yang saya teringin sangat nak lawati iaitu negara Korea dan Jepun. Saya memilih negara tersebut sebagai negara idaman saya untuk dilawati kerana saya tertarik akan pemandangan semulajadi di kedua negara tersebut. Selain itu , saya juga suka akan budaya dan cara hidup masyarakat di negara tersebut. Yang paling utama makanan , saya amat berminat untuk mencuba dan merasai sendiri hidangan atau makanan masyarakat di negara Korea dan Jepun. Saya berazam suatu hari nanti saya ingin mempelajari cara-cara untuk memasak makanan Jepun dan Korea. Satu masa nanti , kalau saya ingin melancong dan menenangkan fikiran saya akan memilih negara Korea dengan mengamati keindahan alam semulajadi di negara tersebut.
Nabila(Peminat): Betul ke ni awak hanya ada 2 negara sahaja yang menjadi negara idaman awak untuk dilawati suatu hari nanti. Awak tak berminat untuk pergi ke negara barat ke ?
Sera(Penulis): Integritinya saya tidak pernah merancang atau berminat untuk pergi ataupun melawati negara-negara barat kerana saya tidak suka cara hidup dan budaya masyarakat barat. Maksud saya bukan saya tidak suka negara barat tapi saya tidak suka akan cara hidup masyarakatnya seperti pergaulan bebas yang terlalu berleluasa. Tapi kalau makanan barat saya sukalah.
Nabila(Penulis): Oh macam tu ke. Baru saya tahu. Dengar awak cakap macam tu tiba-tiba saya rasa malas pulak nak pergi melancong ke negara barat lepas ni. Okeylah , saya dah tahu destinasi yang menjadi tumpuan awak di luar negara dan sekarang pulak saya nak tahu apakah tempat yang akan awak pergi untuk meluangkan masa serta negeri manakah yang menjadi tarikan untuk dikunjungi bagi meluagkan masa cuti dan sebagainya ?
Sera(Penulis): Baiklah. Sebenarnya saya ni seorang yang tidak suka pergi sesuatu tempat tanpa sebarang sebab dan tujuan. Tak kisahlah di dalam atau luar negara. Saya jenis orang yang akan membuat perancangan terlebih dahulu sebelum pergi ke suatu tempat seperti bercuti dan sebagainya. Sebagai contoh , sebelum pergi dari rumah lagi saya dan merancang mana dan dimana tempat yang saya ingin pergi , apa yang saya nak buat dan aktiviti apa yang saya nak lakukan di sana. Saya tidak suka bila dah sampai tempatnya baru nak fikir , nak pergi mana , dekat mana dan nak buat apa dekat sana. Dengan itu kita dapat menjimatkan masa.
Nabila(Peminat): Betul tu Sera. Bagus cara awak merancang. Lepas ni saya pun akan buat macam tu. Buat perancangan aktiviti sebelum pergi bercuti.
Sera(Penulis): Okeylah. Tempat kegemaran saya. Maksud saya tempat yang menjadi pilihan saya untuk meluangkan masa adalah muzium. Dari kecil sampai besar saya memang suka pergi muzium. Di muzium saya boleh lihat benda-benda baru yang belum pernah kita lihat sebelum ini merupakan faktor utama saya suka ke muzium. Selain itu, di muzium juga saya dapat mengetahui dan mempelajari sesuatu perkara baru melalui artifak-artifak yang dipamerkan serta sejarah orang zaman dahulu. Kesimpulannya, di samping saya meluangkan masa cuti saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan. Jadi saya tidak rasa buang masa dan sia-sia.
Nabila(Peminat): Wah , awak ni memang berbeza dengan orang lain sambil bercuti dan berseronok sambil mencari ilmu pengetahuan. Cakap tentang sejarah ada sesuatu saya yang saya ingin katakan sebagai peringatan untuk bakal pembaca sekalian juga diri sendiri. Perasaan cinta akan negara lahir apabila seseorang itu mempelajari dan menghayati sejarah negara dengan bersungguh-bersungguh. Baiklah Sera , sila teruskan.
Sera(Penulis): Seterusnya , negeri yang menjadi tarikan saya ialah negeri Pahang dan Johor. Saya memilih negara Pahang kerana di Pahang terdapat sebuah pusat peranginan dan taman hiburan yang menarik. Sebagai contoh , pusat peranginan , Cameron Highland. Di sana saya dapat menghirup udara yang nyaman sambil menikmati kehijauan ladang teh yang terbentang luas. Selain itu , saya dapat menikmati dan merasai kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran di sana. Saya juga dapat melawat taman-taman bunga yang begitu cantik sekali serta ladang strawberin yang dipenuhi oleh strawberi yang ranum. Selain daripada Cameron Highland yang menjadi destinasi percutian saya bersama keluarga untuk berseronok dan mengisi masa cuti. Tapi kalau Nabila nak tahu antara 2 negeri tersebut saya lebih suka akan negeri Johor. Antara sebab utama saya suka negeri Johor kerana negeri Johor merupakan negeri bandar. Maksudnya , Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai sebuah bandaraya yang menarik dan maju antara negeri-negeri yang lain. Kalau saya pergi ke Johor Bahru saya tidak perlu mencari bandarnya di mana berbanding dengan negeri-negeri yang lain kerana bila kita masuk saja negeri Johor kita terus nampak bandanya. Selain itu , Johor juga mempunyai sistem pembangunan yang terancang yang menjadikannya sebuah negeri yang maju antara negeri-negeri yang lain dan sistem pentadbiran serta pemerintan yang strategik. Faktor kedua ialah Johor memiliki seorang sultan yang amat hebat dalam pemerintahannya. Integritinya saya amat bangga dan bersyukur kerana memiliki seorang sultan yang amat mengagumkan seperti sultan Johor. Bagi saya sultan di negeri Johor adalah yang terbaik antara negeri yang lain di Malaysia ini.
Seperti mana yang kita lihat sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar mempunyai peribadi yang amat mulia seperti berjiwa rakyat , memelihara hak-hak rakyat , mengutamakan kepentingan rakyat dan baginda juga memahami segala isi hati rakyat-rakyatnya. Itu membuat saya berasa amat bangga dan bersyukur walaupun saya bukan rakyat Johor. Sifat mulia baginda patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin yang lain dalam megekalkan kedaulatan negara. " Daulat Tuanku ". Sebab yang terakhir ialah pasukan bola sepak yang begitu hebat di Malyasia ini iaitu ' JDT '. Sebenarnya saya tak suka tengok perlawanan bola sepak tapi saya tonton jika ada pasukan ' JDT '. Saya menyukai pasukan bola sepak ' JDT ' kerana mereka menggunaka lambang harimau iaitu haiwan bagi tahun lahir saya. Harimau adalah seekor binatamg yang tangkas , kuat , aktif , dan berani seperti pemain bola sepak 'JDT ' yang sentiasa berjaya menewaskan pasukan lawannya. Disebabkan saya lahir pada tahun harimau jadi saya juga akan menjadi generasi muda yang hebat dan berani dalam memajukan negara suatu hari nanti.# Champion Tiger 98 is Coming.
Nabila(Peminat): Baru saya tahu mengapa ramai orang yang menyukai negeri Johor. Tapi saya tak tahulah adakah sebab mereka sama seperti Sera. Saya rasa kata-kata dan ulasan awak tadi sungguh mendalam. Betullah orang cakap , ' kata-kaya lebih tajam daripada mata pedang '. Baiklah mari kita ke persoalan yang selanjutnya , apakah aktiviti masa lapang Sera ? selalunya Sera buat apa ?
Sera(Penulis): Kebiasaannya aktiviti masa lapang yang saya lakukan untuk merehatkan minda ialah menonton televisyen , main permainan video , baca buku cerita dan kalau saya dah tak tau nak buat apa saya akan tidur sepanjang hari. Tu saja.
Nabila(Peminat): Kalau tanya pasal aktiviti masa lapang mesti orang akan kata tidur sebab tidur dapat merehatkan fikiran macam yang awak kata tadi. Betul kan. Sera , saya nak tanya awak ada haiwan peliharaan tak ? Apakah haiwan kesukaan awak ?
Sera(Penulis): Saya tak ada haiwan peliharaan sebab keluarga saya tak suka saya membela binatang lebih-lebih lagi nenek saya . Nenek saya tak suka jika saya terlalu obses dengan binatang seperti mencium atau memeluk kucing dan sebagainya. Nenek saya berbuat demikian kerana bagi dia jika saya terlalu dekat dengan haiwan saya akan kena penyakit. Saya tahu nenek saya amat menyayangi saya sebab tu lah bila saya dah besar sekarang ni saya tak terlalu obses dengan apa-apa saja binatang walaupun masa kecil dulu saya pencinta haiwan sampai sekecil-kecil serangga pun saya nak bela. Bermain anak kucing adalah hobi saya sewaktu kecil dulu tapi kalau saya nak main anak kucing dengan kawan-kawan saya , saya perlu menyorok daripada dilihat oleh nenek saya kerana dia pasti akan marah saya. Itulah perkongsian zaman kanak-kanak saya serba sedikit yang boleh saya kongsikan.
Nabila(Peminat): Betul la tu. Nasihat saya kalau kita suka haiwan sekalipun kita tak perlulah nak terlalu obses kerana setiap haiwan mempunyai kuman di tubuh atau bulunya yang boleh mendatangkan penyakit pada diri kita. Kesihatan kita lebih penting. Okeylah , Sera boleh saya teruskan ? Awak kata awak minat dalam mempelajari bahasa. Saya nak tanya selain daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris apakah bahasa asing yang lain awak kuasai ?
Sera(Penulis): Bahasa asing yang saya kuasai selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ialah bahasa arab , Indonesia , Jepun dan Korea. Dulu masa sekolah saya memang belajar bahasa arab dari sekolah rendah sampai sekolah menengah jadi untuk bercakap atau membaca dalam bahasa arab tak jadi masalah untuk saya. Seterusnya , bahasa Indonesia.
Saya pandai melalui sinetron atau drama Indonesia yang saya sering tonton di televisyen. Jadi dari situ saya belajar. Untuk bahasa Jepun dan Korea pula sebenarnya saya tidak berapa tahu sangat dan saya merancang ingin menghadiri kelas utuk kedua bahasa tersebut bagi meningkatkan lagi kemahiran saya dalam berbahasa Korea dan Jepun. Saya seorang yang akan mempelajari bahasa masyarakat di sesebuah negara terlebih dahulu sebelum saya pergi ke negara tersebut sebagai tanda saya menghormati orang-orang di negara itu.
Nabila(Peminat): Betu juga cara awak tu. Lepas ni saya pun nak buat macam tu jugaklah.
Kita dah tak banyak masa ni. Tanpa membuang masa mari kita teruskan. Sera , siapakah artis yang awak minat di Malaysia ataupun di luar negara dan apakah drama serta lagu kegemaran Sera ?
Sera(Penulis): Saya lebih minat dengan artis-artis yang sebaya umur saya berbanding dengan artis dewasa. Tapi ada juga artis dewasa yang saya minat seperti Adi Putra , Fahrin Ahmad dan Lisa Surihani. Seterusnya untuk lagu pula saya lebih minat dan suka akan lagu yang agak jiwang yang banyak terdapat dalam era 90-an berbanding lagu-lagu baru zaman sekarang kerana lagu-lagu dahulu mempunyai lirik lagu yang begitu puitis serta mempunyai maksud yang mendalam sehingga menyentuh kalbu saya apabila mendengarnya. Sejujurnya saya amat bangga dengan industri muzik masa dahulu yang sangat hebat sehingga
mendapat sambutan daripada pelbagai negara seperti Indonesia.
Nabila(Peminat): Seperti mana yang saya tahu penyanyi dahulu kebyakannya mereka menyayi dalam kumpulan kurang secara solo , jadi apakah kumpulan rock kapak atau lagu-lagu jiwang yang Sera minat ?
Sera(Penulis): Saya minat kumpulan 'Exist' sebab saya memang suka akan suara Ezad Lazim. Bagi saya suara beliau memang unik kerana bila saya dengar lagu-lagu yang dinyanyikan lagu-lagu tersebut mampu menyentuh jiwa dan perasaan saya. Ezad Lazim merupakan seorang penyanyi yang menyanyi dengan penuh perasaan dan beliau juga menghayati lagu yang dinyanyikan dengan sepenuh jiwa

waaaa pndai nye Na tulis,,,, huhuhu
ReplyDelete